Siakap Keli
Foto: Sharul Kamal

(Video) Lelaki Ini Tunjukkan Apa Yang Ada Dalam Piramid Giza Di Mesir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau sebut mengenai mumia, sudah semestinya anda akan terbayang tentang Mesir, piramid Giza dan Firaun. Tetapi, pernah tak terfikir untuk melihat sendiri saiz dan keluasan dalam piramid Giza.

Untuk pengetahuan anda, bangunan piramid Giza ini dibina daripada batu padu sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada zaman Kerajaan Lama oleh seorang arkitek untuk Raja Zoser. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Pasti korang nak melihat sendiri bilik ‘tidur’ firaun kan?

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh seorang lelaki di laman Twitternya, Sharul Kamal menunjukkan kediaman dan tempat istirehat bagi golongan Firaun pada zaman dahulu.

Meh aku bawa korang masuk dalam piramid. Rupanya firaun besar-besar kita je.

Difahamkan melalui video tersebut, laluan masuk ke dalam piramid ini amat sukar kerana terpaksa melalui beberapa terowong kecil. Menurut Sharul, dalam kawasan bilik tersebut sangat panas dan kekurangan udara.

Bukan itu sahaja, Sharul juga berkesempatan melihat mayat Firaun yang sudah diawet untuk diletakkan di dalam balang kaca di Mesir untuk lawatan pelancong.

 

 

Sumber: Sharul Kamal

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang