Siakap Keli
Gambar: Ustaz Ebit Lew/Ustaz Wadi Drawardi

“Ya Allah, Hadiahkan Syurga Buatnya”, Gigih Dakwah Walau Hidap Kanser, Sahabat Ustaz Ebit Meninggal Dunia

Hari demi hari, ramai ahli agama dan orang soleh yang pergi meninggalkan kita. Pemergian mereka membuatkan masyarakat bagaikan kehilangan sebutir permata yang sebelum ini menghiasi dunia yang penuh noda.

Terbaru, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memaklumkan mengenai pemergian sahabat beliau, Ustaz Wadi Drawardi pagi tadi.

Pemergian Allahyarham Ustaz Wadi pastinya dicemburui. Biarpun sedang menahan sakit, beliau masih mampu tersenyum dan berzikir pada-Nya.

Innalilalahi wa inna ilaihi rajiun. Perginya sahabat baik saya Ustaz Wadi Drawardi ke rahmatullah 4.20 pagi ini asbab kanser setelah di lama di wad. Sahabat baik saya semangat saya dalam berdakwah. Terlalu banyak saya belajar darinya. Pendakwah dan peniaga berjaya.

Selalu buat dakwah jalanan di club, dataran merdeka dan dakwah dimana sahaja. Sepanjang sakit hanya sebut Allahuakbar dan senyum dalam keadaan tak sedar.

Banyak kali bila orang marah saya atau hina usaha dakwah, ustaz Wadi akan dakwah orang itu. Kami selalu sama-sama dakwah pagi dan dakwah di tengah malam. Beliau sangat rendah diri tapi paling berani. Dan selalu beri semangat pada saya. Banyak nasihatnya untuk saya. Selalu sedih jumpa dengannya terus recharge syukur.

Saat duka ketika ini. Sahabatku, hati ini amat berduka dengan pemergianmu. Kau telah sampai kesana. Kini giliranku pula. Walau kanser dan sakit gagah beliau berdakwah.

Ya Allah hadiahkanlah syurga Firdaus buatnya. Ya Allah, ini temanku didunia berdakwah berilah syurga Firdaus buatnya. Berilah kekuatan dan jagakanlah isterinya, anaknya, ibubapa serta seluruh keluarganya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.