Siakap Keli

“Dunia ‘Bergantung’ Dengan Malaysia Lawan COVID-19”- Kedutaan Amerika Syarikat Di KL

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia hari ini berkongsi satu tweet di Twitternya mengatakan bahawa 65 peratus sarung tangan perubatan yang digunakan oleh ‘hero’ petugas perubatan di negaranya dan sebahagian negara lain adalah dihasilkan di Malaysia.

”Melalui penghasilan sarung tangan perubatan dan lain-lain produk perubatan, dunia ‘bergantung’ dengan Malaysia untuk melawan COVID”, kata Kedutaan Amerika Syarikat lagi.

Sebelum ini, AS pernah bertindak untuk mengharamkan sebarang kemasukan (import) sarung tangan itu dari Malaysia kerana mendakwa sebuah syarikat pembuatan sarung tangan di Malaysia menggunakan tenaga buruh paksa.

Bagaimanapun menurut laporan Channel News Asia baru-baru ini, AS telah menarik semula pengharaman tersebut atas sebab alatan itu mendapat permintaan tinggi ekoran mereka sedang menghadapi krisis wabak COVID-19 di sana selain berkata data baru menunjukkan syarikat berkenaan tidak lagi menghasilkan sarung tangan getah menggunakan buruh paksa.

Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) pada Selasa (24 Mac) berkata sarung tangan getah yang dibuat oleh syarikat itu selepas 16 Mac, 2020, akan diterima semula di semua pelabuhan kemasukan AS.

Sumber: Twitter, Channel News Asia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.