Siakap Keli

“Kerajaan Ini Mungkin Bukan Kerajaan Yang Anda Undi, Tetapi Kerajaan Ini Prihatin Dengan Anda”- PM

Putrajaya, 27 Mac- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakhiri perutusan beliau dengan ucapan yang menyentuh hati, meminta sokongan rakyat berganding bahu mengharungi krisiS ini.

“Kita negara yang berperang dengan musuh yang kita tak dapat lihat. Situasi yang kita sedang lalui ini tidak pernah berlaku dalam sejarah.

“Kerajaan ini mungkin bukan yang anda undi, tapi saya ingin anda semua tahu, kerajaan ini prihatin dengan anda.

“Saya terima hakikat saya menjadi Perdana Menteri anda bukan pada masa yang sesuai. Saya hadapi krisis politik, ekonomi dan kesihatan pada masa sama.

“Situasi yang tidak pernah berlaku ini memerlukan tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Jadi saudara dan saudari yang disayangi, sama ada anda Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun atau orang Asli, tolong bertahan dengan saya dan rakan saya di dalam kerajaan.

“Kami tidak sempurna, tapi kami buat yang terbaik untuk kawal krisis ini sebagai satu negara bersama-sama. InsyaAllah kita akan menjadi lebih kuat sebaik krisis ini berakhir.

“Saya minta sokongan dari saudara dan saudari sekalian, marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama,” katanya.

Amira

Love yourself.