Siakap Keli
Gambar: Tribunnews

Satu Kampung Di Indonesia ‘Dikunci’, Lelaki Pulang Umrah Disahkan Positif Covid-19

Sebuah perkampungan di Indonesia mencatatkan kes pertama COVID-19. Mangsa dipercayai baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan disambut secara besar-besaran oleh penduduk di situ pada bulan Februari yang lalu.

Menurut portal Tribunnews, kawasan perkampungan di Sulawesi Selatan itu tiba-tiba dalam keadaan ‘pengasingan’ pada hari Jumaat. Ia adalah berikutan seorang penduduk di situ telah disahkan positif Covid-19.

Tambah portal Indonesia itu juga, lelaki itu telah pulang daripada Makkah setelah mengerjakan Umrah pada bulan Februari lalu.

Perintah pengasingan tersebut terpaksa dikuatkuasakan oleh Ketua Daerah Maros, Hatta Rahman setelah ada penduduk yang positif Covid-19.

Pengasingan khusus tersebut telah dilakukan dengan harapan untuk mematahkan rantaian virus Covid-19 sehingga ia tidak tersebar lagi.

Pusat Kesihatan Mandai dan unsur TNI-Polri juga diminta untuk membantu melakukan pemantauan pergerakan penduduk setempat.

“Sebenarnya bukan hanya daerah yang positif Covid-19 diasingkan namun juga daerah lain yang penduduknya disyaki.

“Kami juga meningkatkan pemantauan terhadap pergerakan penduduk agar tidak berlakunya penularan virus,” katanya.

Penduduk yang dinyatakan positif tersebut  berusia 62 tahun. Pesakit lelaki ini dirawat di bilik kecemasan Hospital Dody Sardjito.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa