Siakap Keli
Gambar: Anadolu Agency

Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia Melebihi 700,000

Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 704,000 pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data dikumpulkan Johns Hopkins University.

Virus maut itu kini merebak ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lebih 33,500 nyawa menjadi korban. Sejumlah 148,824 pesakit telah pulih.

Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara paling banyak mencatatkan kematian.

AS pula mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 132,637.

Itali merekodkan angka korban seramai 10,779 orang dengan 98,000 kes jangkitan manakala  korban di Sepanyol seramai 6,606 dan lebih 78,700 kes disahkan.

China mencatatkan 3,300 kematian dengan lebih 82,100 kes.

Sementara itu, angka korban di Iran mencecah 2,640 dan jumlah kes melebihi 38,300.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right