Siakap Keli
Gambar: FB/ Bernama TV

“Semua Produk Dalam Lori Akan Dilupuskan,” Lori Gardenia Hilang Ditemui Semula Di Terengganu

Semalam, sebuah lori Gardenia telah dicuri di Kuala Lumpur dan berita mengenainya tular di media sosial. Namun begitu, lori tersebut telahpun dijumpai di tepi jalan di Kijal, Terengganu pada lewat petang hari yang sama.

Menurut satu kenyataan media yang dikongsikan oleh Bernama TV, Gardenia Bakeries KL memaklumkan bahawa lori Gardenia yang dicuri pada 30 Mac lalu telahpun dijumpai di Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun, tiada berlaku sebarang kecederaan dan jurujual dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Lori tersebut dan produk di dalamnya berada di balai polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Tambah kenyataan itu, semua produk Gardenia yang dibawa oleh lori tersebut akan dilupuskan dan kenderaan tersebut akan dinyahkumankan.

Selain itu, pihak pengurusan juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sumber: Bernama TV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.