Siakap Keli

Terpacak Atas Van Tengah Malam, Wajah Sebenar ‘Entiti Putih’ Terdedah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Wabak yang telah membunuh ribuan manusia di seluruh dunia ini telah memaksa dunia mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengadakan perintah berkurung bagi memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus Covid-19 ini.

Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac lalu. Orang ramai diminta supaya duduk di rumah dan hanya boleh keluar dari rumah sekiranya ada perkara penting untuk diuruskan.

Sungguhpun pelbagai nasihat serta amaran telah diberikan, namun masih terdapat segelintir lagi yang tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan itu.

Oleh kerana itu, seorang lelaki bernama Muhd Urabil Alias telah mengambil tindakan sendiri dengan cara yang kreatif sekali bagi menangani masalah ini.

Dia telah berpakaian seperti hantu untuk menakutkan orang ramai khususnya kanak-kanak supaya kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Gambar-gambarnya berpakaian seperti hantu itu telah dimuat naik di akaun sosial medianya dan telah menjadi tular.

Berikut adalah gambar-gambar yang dimuat naiknya:

Pelbagai reaksi dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik. Ada netizen yang menyatakan bahawa ianya adalah edit semata-mata, ada netizen yang merasa lucu melihat perkara tersebut dan ada juga netizen yang turut mempercayai bahawa ianya adalah makhluk halus.

Walaupun begitu, ramai yang tidak tahu akan wajah sebenar ‘entiti putih’ tersebut. Inilah dia wajah sebenar entiti yang berdiri di atas van seperti yang tular.

Apa-apa pun, kita sebagai orang awam perlulah menjalankan tanggungjawab dalam membantu kerajaan serta negara untuk memerangi wabak maut ini. Walaupun kita tidak berkelayakan untuk turut serta bersama barisan hadapan negara, kita juga boleh membantu dan berjasa kepada negara dengan hanya duduk di rumah sahaja.

Walau bagaimanapun, marilah kita sama-sama berdoa agar wabak pandemik Covid-19 ini dapat ditangani dengan cepat serta marilah kita bersama-sama mendoakan kepada petugas barisan hadapan negara kita yang sedang mengerah keringat mereka agar mereka selamat dalam perjuangan menentang musuh yang halus ini.

Sumber: Muhd Urabil Alias

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.