Siakap Keli
Gambar: Bernama

PBB Gesa Keganasan Di Libya Dihentikan, Tumpu Usaha Perangi Covid-19

TRIPOLI, 2 April (Bernama) — Pejabat Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Libya pada Rabu menggesa konflik bersenjata di negara itu ditamatkan untuk membolehkan pihak berkuasa menumpukan usaha memerangi wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

“Libya mengesahkan dua kes COVID-19 membawa jumlah keseluruhan kepada 10. Pertempuran yang berterusan mesti segera dihentikan untuk membolehkan pihak berkuasa kesihatan dan agensi bantuan mengekang wabak daripada terus menular,” tulis agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu di Twitter.

Sejak hampir setahun, tentera yang berpangkalan di bahagian timur menjalankan kempen ketenteraan di Tripoli dan kawasan berdekatan, dalam usaha untuk menawan bandar itu.

Konflik menyebabkan ribuan nyawa menjadi korban dan ramai lagi cedera manakala lebih 150,000 orang hilang tempat tinggal.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story