Siakap Keli

COVID-19: Arab Saudi Kuat Kuasa Perintah Berkurung 24 Jam Di Makkah, Madinah

Gambar: Al-Jazeera

Arab Saudi pada Khamis mengenakan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah sehingga diberitahu kelak, sebagai langkah terbaru memerangi penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Mengikut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri, hanya orang dewasa dibenarkan keluar rumah untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dari 6 pagi hingga 3 petang.

Maksimum dua orang dibenarkan berada dalam sebuah kereta pada satu-satu masa, termasuk pemandu.

Larangan itu terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting.

Hanya farmasi, kedai bekalan makanan, stesen minyak dan perkhidmatan perbankan dibenarkan beroperasi.

“Kementerian Dalam Negeri menyeru rakyat dan penduduk menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan.”

Selain itu, kementerian memberi jaminan langkah berkenaan diambil dalam usaha untuk memelihara kesihatan masyarakat dan mencegah penularan COVID-19, tertakluk kepada penilaian berterusan pihak berkuasa kesihatan berkaitan.

Kementerian juga menyeru orang ramai memahami tanggungjawab masing-masing, mematuhi arahan serta langkah pengasingan demi kepentingan awam.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.