Siakap Keli

Covid-19: Indonesia Sahkan 11 Kematian Lagi, Jumlah Meningkat Kepada 181 Kes Kematian

JAKARTA, 3 April – Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 181 orang, sejak kematian pertama direkodkan pada 11 Mac lepas.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 11 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 196 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes kini sebanyak 1,986,” katanya dalam siaran langsung di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo mengisytiharkan darurat atau kecemasan kesihatan dengan memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi melawan pandemik itu.

Jakarta masih menjadi provinsi paling tinggi jumlah kematian iaitu sebanyak 90 kes, diikuti Jawa Barat (25 kes), Jawa Tengah (18), dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.