Siakap Keli
Gambar: Bernama

Polis Boleh Guna Budi Bicara Untuk Benarkan Perjalanan Melebihi 10km – Ismail Sabri

Polis dibenar menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai yang ingin melakukan perjalanan lebih 10 km bagi mendapatkan barangan makanan mahupun perubatan sekiranya terdapat keperluan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk perjalanan merentasi negeri walaupun sebelum ini peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua mengehadkan perjalanan haruslah tidak melebihi 10 kilometer.

“Semalam, kita ada individu yang ingin mendapatkan perubatan, tetapi hospital lebih 10km jadi mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk ke sana sedangkan kesihatan adalah perkara utama yang diberi perhatian kerajaan sehingga kita perkenalkan PKP untuk jaga kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa