Siakap Keli

TERKINI: Semua Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP- Ment. Pertahanan

Putrajaya, 3 April-Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.

“Mesyuarat pagi tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua pasar Ramadhan tidak dibenarkan,” jelasnya dalam sidang media Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu.

“Walaubagaimanapun jika PKP ini ditamatkan, maka pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) selepas PKP.

”Cuma selagi PKP 2 ini diteruskan, atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya.

Soal berkaitan bazar Ramadhan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP, tambah beliau.

[LANGSUNG] – Sidang media PKP oleh Menteri Kanan Ismail Sabri | 3 April 2020

[LANGSUNG] – Sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 April 2020

Posted by Bernama TV on Thursday, 2 April 2020

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.