Siakap Keli
Kredit: TN8

(Video) Ibu Meninggal Dunia, Kanak-kanak Jerit “Mama” Ke Arah Langit, Dipercayai Ingin Bercakap Dengan Ibunya

Menghibakan. Seakan tidak memahami hakikat sebenar, seorang anak kecil memanggil ibunya yang telah meninggal dunia di langit.

Dalam video dikongsikan di media sosial, kanak-kanak tersebut melihat ke arah langit dan menjerit ‘Mama’ berulang kali.

Menurut sebuah portal Sepanyol, video tersebut dirakam di Salvador, dimana kedua-dua beradik di dalam video itu telah kehilangan ibu mereka.

“Lihat ibu saya,” kata anak kecil itu sambil menunjukkan ke arah langit.

“Yang mana ibumu sayangku?” tanya wanita yang berada di situ.

“Yang bersinar itu,” kata kanak-kanak tersebut, seperti ditulis portal tempatan.

Dalam video tersebut, si kecil itu dikatakan ingin bercakap dengan ibunya dan menyeru ‘mama’, membuatkan seorang kanak-kanak lain dipercayai abangnya menangis dan memeluknya.

Menurut portal itu, ramai orang membuatkan kanak-kanak percaya bahawa jika orang tersayang mereka meninggal dunia, dia akan menjadi bintang terbesar dan memerhati mereka dari sana.

Sumber: TN8

Amira

Love yourself.