Siakap Keli
Gambar:Daily Mail

(Video)Tidak Lagi Rasa Terancam, Ribuan Obor-Obor Merah Jambu Banjiri Persisir Pantai

Dikenali sebagai destinasi pelancongan, pantai-pantai di Palawan, Filipina kini sunyi tanpa jejak orang ramai yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang sedang melanda pada ketika ini. Namun, keadaan tersebut membolehkan alam semula jadi berkembang di sepanjang pantai itu.

Ahli-ahli biologi telah menyaksikan ribuan obor-obor merah jambu di lautan itu yang dikatakan telah hilang bertahun lamanya disebabkan aktiviti manusia di pedalaman tersebut.

Gambar:Daily mail

Juga dikenali sebagai ‘tomato laut’, makhluk tersebut kini timbul ke permukaan kerana mereka tidak lagi berasa terancam dengan habitat semulajadi mereka. Pakar percaya bahawa obor-obor tersebut kekal di dasar laut kerana kehadiran pelancong.

Gambar:Daily Mail

Calon PHD dalam bidang biologi marin di Universiti Griffith, Australia, Sheldon Rey Boco, berkongsi video yang diambil pada 23 Mac di pantai Corong-Corong di El Nido, Palawan.

“Ratusan atau ribuan ‘medusae’ kemungkinan hadir pada lewat bulan Januari atau Februari namun disebabkan oleh pasang surut, keadaan semasa dan angin, mereka hanya kelihatan pada bulan Mac di Palawan.

“Ada tahun yang menyaksikan obor-obor tersebut berkembang dan dalam kuantiti yang banyak dan ada juga tahun di mana kuantiti mereka hanya sedikit atau hampir tiada langsung,” katanya.

Filipina ketika ini menjalani perintah berkurung kerana Covid-19 yang telah menjangkiti lebih daripada 2,300 orang dan mencatatkan 100 kematian sejak pandemik itu pertama kali disahkan di negara itu pada 30 Januari lalu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa