Siakap Keli
Gambar: Aisyah Abdul Halim

“Terngiang Suara Riang Anak Ini…,” Budak Bawa Balik Bekalan Makanan Untuk Atok Sakit Cetus Hiba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika seluruh Malaysia pada ketika ini sedang bergelut dengan penyebaran Covid-19, ketahuilah bahawa ada golongan yang tidak bernasib baik terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan ini.

Saban hari, pelbagai kisah yang terungkai semasa PKP sedang berlangsung. Ada yang tidak mampu membelikan susu anak dan ada juga yang sudah tidak menjamah makanan selama beberapa hari kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh.

Terbaru, menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Aisyah Abdul Halim di laman Facebook, beliau menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang mendapat sumbangan bekalan makanan.

Budak ni ana jumpa tepi jalan. Comotnya Ya Rabbi. Atuk dia sakit. Punya seronok dia dapat barang sumbangan. Dapat saja sebungkus Food pack tu terus berubah ceria muka dia.

“Bah, ustaz aku balik duluan ya!”

Tengok gambar ni pun meruntun jiwa seorang lelaki.

Begitulah mesej da’i Muhammad Syazwan Bin Khamis pada aku. Bila aku tengok gambar ni, kau tahu, seperti terngiang suara riang anak ini balik ke rumah dengan nyanyian kecil.

Gambar: Facebook

Ini di Pulau Banggi. Pulau yang paling besar di seluruh Malaysia, dan ia juga pulau termiskin! Bukan hanya di Sabah, tapi dari seluruh Malaysia. Paling miskin!

Boleh kalian bantu kami untuk sediakan Food Pack di sini? Jom kita target 100 Food Pack.

10052010114368
Bank Islam
Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa

Sumber: Aisyah Abdul Halim

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa