Siakap Keli

Bekas Pesakit Covid-19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Tiap-tiap hari, ada saja kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat. Virus ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana sehingga kini tiada lagi vaksin yang mampu melawan ancaman yang dibawa virus ini.

Justeru daripada kegusaran itu, banyak negara yang telah pun mengambil langkah-langkah pencegahan seperti melakukan proses nyah kuman, melaksanakan perintah berkurung dan sebagainya. Sugguhpun begitu, masih lagi ada segelintir masyarakat yang tidak memandang serius akan perkara ini.

Seorang bekas pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 bernama zulafandiharis, ada berkongsikan pengalaman sebagai pesakit Covid-19 di akaun Twitter miliknya. Mungkin pengalaman yang dikongsikan oleh beliau ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan tahap keseriusan yang perlu ada dalam diri bagi mencegah penyakit ini daripada terkena kepada diri sendiri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Pengalaman saya sebagai Positif COVID-19

Virus yang melanda seluruh dunia sehingga menjadi pandemic kepada semua orang. Kita tidak terkecuali bahkan semakin serius sehingga RMO dilancarkan. Disini saya akan share pengalaman sebagai pesakit COVID-19.

Saya didapati positif COVID19 bermula 9/3 dan terus dimasukkan ke HKL untuk rawatan selama 12 hari sehingga saya keluar hospital pada 20/3. Sebelum confirm positif memang saya sudah kuarantin dirumah 3 hari atas arahan KKM sendiri.

Isteri saya positif pada permulaannya menyebabkan saya sebagai contact rapat kepada isteri terus saya disahkan positif juga. Selepas disahkan positif, KKM akan hantar ambulans untuk dibawa ke hospital. Kami berdua ditempatkan di HKL, wad 28. Tapi kami tidak sebilik. Saya bilik 13, isteri bilik 14.

Saya dapat bilik 4 orang di sana. Sepanjang rawatan, kami menjadi sangat rapat sebab masing-masing motivate each others. Walaupun pelbagai latar belakang, tapi boleh bergurau untuk lupakan penyakit ni. Peranan roomate sangat penting untuk kita kekal positive untuk lawan virus ni.

Sebab saya berada 12 hari di hospital kerana COVID-19 ni tiada ubatnya. Dotor harapkan antibody kita sendiri yang melawan virus itu. Doktor hanya merawat symptoms sahaja seperti demam, batuk & sesak nafas. Saya melakukan 6x swab ujian saringan sepanjang 12 hari di ward.

Untuk keluar daripada hospital dan betul bebas daripada virus ini, saya perlu dapatkan result negatif untuk 2x berturut. Ada jer pesakit yang negatif kali pertama tetapi bertukar positif kali kedua pula. Ini semua bergantung pada diri sendiri. Sebab tu kami tidak boleh stress ketika fight virus ni.

Alhamdulillah dengan hikmah COVID-19 ni, saya belajar tentang erti bersyukur. Saya bersyukur anak saya negatif. Saya bersyukur ada orang boleh jaga anak sepanjang kami di hospital. Saya bersyukur ada jiran yang sanggup membantu membeli keperluan Harizan.

Saya bersyukur saya laki bini walaupun tidak bersama bilik di hospital, tapi bilik kami bersebelahan jer. Saya bersyukur ditemukan dengan roomate ward yang sangat supportive & positive. Hingga kami rapat menjadi kawan. Saya bersyukur tiada orang lain berjangkit daripada saya sendiri.

Saya bersyukur bertemu beberapa insan yang share experience suka duka sepanjang COVID-19 ni. Banyak saya belajar dengan insan-insan hebat ini. Saya bersyukur mendapat family yang supportive bantu meringkan beban kami di hospital.

Sini saya sertakan beberapa gambar sebagai kenangan. Saat pertama kali nak dapatkn ujian saringan untuk isteri yang menunjukkan symptoms. Symptoms ni berbeza untuk setiap orang. Isteri saya demam pada 3 hari pertama. Berlainan pula dengan saya yang tiada menunjukkan apa-apa symptoms
Saat isteri membuatkan ujian saringan. Rupenya buat style drive-tru terus. Sangat bagus sebab proses ini tak lama. Dalam 10-15mins. Ketika ni saya belum ambil test sebab tiada direct contact dengan positif person so KKM memang tak amik test untuk saya.

Selepas 2 hari ujian saringan, isteri POSITIVE COVID-19. Terus kami kemas rumah disinfect rumah cepat sebelum isteri saya dijemput dengan ambulans ke hospital. Tiada pilihan ketika ini memang kecoh dengan satu blok. Kami kekal bertenang untuk tidak menimbulkan panik kepada orang lain.

Saya terus dipanggil oleh KKM untuk buat ujian saringan kerana kami adalah contact rapat isteri sendiri. Saya pergi bersama anak & adik ipar yang kebetulan duduk dirumah kami bersama sejak seminggu kejadian ini. Muka nampak seperti ceria tapi dalam diri seperti panik kena kejar askar.

Ini saat saya pula naik ambulans untuk ke HKL selepas dapat panggilan saya POSITIVE COVID-19. Sebelum pergi tu, sempat berkata kepada anak “Umar (anak) duduk dengan Mak Lang (adir ipar) sampai mommy daddy balik yer. Daddy & mommy sakit pergi hospital jumpa doktor” Memang menangis saya otw keluar.

 

Ini pintu masuk paling senang untuk ke wad isolasi COVID-19. Sama bangunan dengan wad diraja. Saya bilik 13 dan isteri bilik 14. Tak dapat jumpa, tapi tahu isteri selamat sekarang.

Makanan pertama saya bila check in kat wad di HKL. Kami diberi makan 4x sehari. Semua disediakan secara bungkus pakai buang. So rugi la kalau tak makan. Semua makan sedap & berkhasiat.

Ini suasana di bilik saya. Tenang jer.

Kekadang kami tak dapat bezakan antara Nurse, Doctors or Cleaners. Semua masuk mesti pakai full PPE mcm ni. Kesian diorang walaupun wad aircond, tetap berpeluh dan perlu pakai hampir 12jam sehari. Sekali dah buka PPE ni, memang terus buang even untuk ke toilet/solat. Hargai pengorbanan mereka.

Ini gambar selepas saya 10 hari di HKL. Salah seorang dari roomate dalam ward discharged haritu so ini gambar kenangan. Sangat bertuah dan bersyukur Allah tempatkan saya dengan mereka sepanjang proses rawatan di HKL. Dr kiri; Tuan Haji Yazid, Ezairi, Emie & Saya

Ini proses yang cleaners perlu buat bila ada seorang dah keluar dan ada pesakit lain nak masuk. Cepat-cepat diorang cuci katil even langsir pun digantikan. Cuci betul-betul sehingga besi katil pun disanitized dan locket tepi.

 

Ini pula cara kami diambil X-Ray. Pesakit tunggu je kat katil, petugas akan datang. Memang semua dilakukan dalam bilik dan kami memang tak boleh keluar bilik sepanjang rawatan.

 

Pada hari ke 11 dan malam terakhir, saya dipindahkan ke Open Ward yang ada 30 pesakit penuh. Ketika ini terasa kurang selesa berada disini sebab bercampur dengan mereka yang masih positive juga. Memang susah nak tido malam tu dan terus berdoa agar dapat keluar cepat.
Pada hari ke 12 akhirnya saya dapat kebenaran keluar. Wad ini yang saya duduk 11 hari 11 malam, alhamdulillah ini semua kenangan tidak dapat dilupakan.
Ingatlah. Kami semua pesakit tidak minta penyakit ini. Kami anggap ini ujian kami. Tapi sebelum terjadi, lebih baik kita sediakan perlindungan kepada diri & keluarga juga. Saya Zulafandi Haris, sekarang saya NEGATIVE COVID-19.
Selepas seminggu keluar hospital, kami perlu datang semula ke hospital untuk lakukan swab lagi sekali. Ini bagi memastikan kitorang bekas pesakit betul-betul negative sejak keluar juga. Minggu ke-2 pun kene datang lagi. Betul-betul ketat procedure yang diberikan oleh KKM untuk pesakit Covid-19
Untuk di HKL, semua pesakit COVID-19 akan lalu di laluan Wad Diraja. Ini untuk avoid dari orang awam di laluan utama hospital. Pihak hospital juga perlu minta kebenaran YDPA untuk menggunakan laluan ni khas untuk pesakit COVID-19. DAULAT TUANKU.
Selfie selepas 2 minggu kuarantin di rumah. Walaupun dah keluar, tetap kena jalankan kuarantin di rumah pula dan follow up test pada hari ke 7 & 14. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami sekeluarga.

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa