Siakap Keli
Kredit: Makassar Terkini

Anak Meninggal Kerana COVID-19, Keluarga Ini Dilapor Dipulau & Dihalau Oleh Jiran Tetangga

Satu keluarga seorang pesakit COVID-19 yang meninggal dunia akibat virus itu di Indonesia dilapor dipulaukan penduduk tempatan.

Menurut portal Makassar Terkini, keluarga itu turut diusir dari rumah mereka di Kecamatan Tanjung Priuk, Jakarta Utara.

”Baru sahaja bersedih kerana anak meninggal akibat COVID-19 pada Jumaat, keluarga itu dihalau dari rumah sewa mereka pada Sabtu,” kata Ketua Gerakan Rakyat Cinta Indonesia, Irma yang menziarahi keluarga berkenaan pada Isnin (6 April).

Katanya, pihak rukun tetangga kejiranan itu telah menyarankan ahli keluarga tersebut untuk mengkuarantin diri mereka di rumah.

Bagaimanapun, penduduk berkenaan masih tidak berpuas hati kerana anak kecil keluarga itu dikatakan batuk-batuk dan masih keluar dari rumah.

Namun Irma berkata penduduk tempatan tidak seharusnya mengusir sesiapapun yang tergolong dalam kelompok Orang Dalam Pemantauan (ODP) COVID-19.

“Kerajaan sepatutnya menyarankan penduduk tidak meminggirkan OPD, sepatutnya ada sokongan semua jiran ketika (mereka) bersedih anaknya meninggal,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan kerajaan agar menyalurkan maklumat jelas melalui saluran rasmi bagi mengelakan rasa panik dalam kalangan penduduk tempatan jika ada kejadian serupa selepas ini.

Sumber: Makassar Terkini

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.