Siakap Keli

Lima Ahli Keluarga Maut Akibat Covid-19, Anak Rayu Doakan Ayah Kini Dirawat Di ICU

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan apabila lebih 3000 individu dilaporkan telah dijangkiti di negara ini.

Manakala sehingga semalam, 61 kes kematian secara keseluruhan telah dicatatkan.

Antara kes kematian Covid-19 yang paling meruntun hati melibatkan lima ahli keluarga dalam sebuah keluarga besar dari Sarawak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Ahad turut mengumumkan bahawa 5 kematian tersebut dan 37 individu lain yang dijangkiti merupakan kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.

Salah seorang ahli keluarga kelima-lima mangsa yang maut, Sharifah Huzaimah War Al-Edruce tampil berkongsi keadaan ayahnya, Wan Abd Rahman Wan Zen, yang kini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lepas.

Manakala ibunya yang juga turut dijangkiti kini sedang ditempatkan di Wad Covid-19 di Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan.

Oksigen abah makin berkurang

5.4.2020 5.40pm

Assalamualaikum.

Saya di call doktor ICU dan diberitahu bahawa paru-paru Abah, oxygen level makin berkurang.

Abah mungkin intubated malam ini jika tiada progress.

Tetapi tadi Abah ada hubungi Mak, (dari ICU ward, doctor benar kan Abah call), Abah informed dia dah OK.

Saya Merayu kepada seluruh keluarga dan kawan-kawan untuk solat hajat dan berdoa bagi kesihatan Abah, dan sekiranya benar Abah makin ok (ada progress), Abah takkan di intubate doktor.

Terima kasih semua.

Yang benar,
Sharifah Huzaimah bt Wan Abd Rahman
Anak sulong Abah

Kronologi kejadian

Sebelum itu, Sharifah Huzaimah ada memuatnaik kronologi kejadian yang mengorbankan kelima-lima ahli keluarganya di mana mereka merupakan nenek saudara dan sepupunya.

Difahamkan, salah seorang sepupunya yang pertama dijangkiti dalam keluarga mereka, merupakan rakan sekerja kepada salah seorang individu positif yang membawa virus tersebut dari Itali.

Menurut Sharifah Huzaimah, setakat 27 Mac lalu, hampir 25 orang ahli keluarganya telah dijangkiti Covid-19 setelah seorang demi seorang dimasukkan ke hospital.

Ketika dihubungi Siakap Keli, dia yang merasa sedih dengan apa yang berlaku turut memberitahu, bahawa mereka semua merupakan keluarga besar yang mempunyai ikatan yang rapat antara satu sama lain.

https://www.facebook.com/mbok.emm/posts/2867108413382355:0

Kami mendoakan agar seluruh keluarga Sharifah Huzaimah tabah dalam menghadapi dugaan ini dan diberikan kesembuhan kepada semua yang dijangkiti.

Takziah diucapkan kepada mereka yang telah pergi dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin!

Sumber: Sharifah Huzaimah War Al-Edruce

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.