PELAKON Inggeris, Honor Blackman yang pernah memegang watak sebagai Cathy Gale dalam filem The Avengers (1960) dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Mendiang yang juga pernah membintangi filem James Bond (sebagai Pussy Galore) dipercayai meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Lewes, Sussex, selatan England, umum ahli keluarganya dalam satu kenyataan kepada NBC News, pada Isnin.
“Ia adalah satu kesedihan yang teramat di mana kami mengkhabarkan kematian Honor pada usianya 94 tahun.
“Dia telah pergi dengan ‘aman’ disebabkan sakit tua di rumahnya dan pemergiannya itu dikelilingi (disaksikan) oleh ahli keluarga.
“Dia sentiasa dicintai dan pasti akan sangat dirindui oleh dua anaknya; Barnaby dan Lottie serta cucunya; Daisy, Oscar, Olive dan Toby,” jelas ahli keluarganya dalam laporan The Guardian.
Untuk rekod, Honor pernah mewarnai beberapa lakon layar di Amerika seperti Fame In The Spur (1947), Something Big (1971), teater My Fair Lady (2005), Cabaret (2007) dan drama The Children of Seth (2011).
Sumber: The Guardian, NBC News