SEORANG anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelihatan penat dan bermandi peluh ketika melakukan saringan COVID-19 kepada penduduk di Kampong Bharu, Kuala Lumpur hari ini.
Foto menghibakan itu dirakam oleh jurufoto BERNAMA dan dimuat naik ke Twitter.

Sementara itu, BERNAMA turut merakam usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang baru sahaja dikuatkuasakan hari ini.






Memetik laporan BERNAMA hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan PKPD bagi dua kawasan itu dilakukan berikutan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di kedua-dua bangunan tersebut.
Beliau berkata, PKPD yang melibatkan penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan itu akan dilaksanakan sehingga proses pengesanan kes dari unit ke unit selesai.
Semoga usaha PKPD ini dapat mengurangkan kadar jangkitan secara drastik agar rakyat kita di sini berada dalam keadaan selamat.
Seorang anggota Kementerian Kesihatan Malaysia kelihatan penat dan bermandi peluh ketika melakukan saringan #COVID-19 kepada penduduk di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini pic.twitter.com/AU1S3jRZyT
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 7, 2020
PKPD : Anggota tentera memasang kawat berduri di sekitar Selangor Mansion dan Malayan Mansion pic.twitter.com/rRrpvZjCaB
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 7, 2020
PKPD: Penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion mengambil makanan dari luar kawat besi yang dipasang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). pic.twitter.com/6Ue7EAG2GE
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 7, 2020
Sumber: Twitter