Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Peserta Seminar Anjuran Good News Fellowship Pada Bulan Februari Lalu Diminta Hadir Buat Saringan Bersama Keluarga

Orang ramai yang menyertai Leadership Seminar anjuran Good News Fellowship pada 26-28 Febuari 2020 lalu dan masih belum membuat saringan, dikehendaki berbuat demikian dengan kadar segera.

Pejabat Kesihatan Bahagian Kucing dalam satu kenyataan berkata, saringan boleh dilakukan di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak setiap hari termasuk sabtu dan ahad bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila hubungi talian 082-230849 atau 082-230837 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.