Menerusi paparan daripada laman Twitter Bernama menunjukkan bahawa Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad V telah berkenan untuk kembalikan emolumen diraja selama enam bulan bermula bulan April.
Hal ini demikian kerana, Baginda berbesar hati membantu rakyat yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.
Sebelum ini, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan untuk kerajaan tidak membayar emolumen Diraja.
Sumber: Bernama