Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Kulit Kusam & Tak Bermaya? Ketahui 6 Tip Kembalikan Seri Wajah
Kecantikan wajah sering menjadi perhatian utama kerana ia merupakan perkara pertama yang dilihat dalam penampilan seseorang.
Bukan itu sahaja, selain mencerminkan keindahan dan kecantikan di luaran sahaja, ia juga turut menggambarkan tahap kesihatan, kebersihan diri dan juga keyakinan individu.
Namun begitu, kecantikan kulit wajah tidak hanya diperoleh dengan cara mencuci muka ataupun memakai alat kosmetik sahaja. Penjagaan yang teliti dan rutin-rutin tertentu juga diperlukan untuk memastikan kulit wajah seseorang itu sentiasa sihat dan tidak kusam.
Tidak dinafikan, kulit muka yang kusam akan menampakkan seseorang itu tampak tidak bermaya dan kurang bertenaga.
Justeru, bagi mengelakkan perkara sebegitu berlaku, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini berkenaan tip mengembalikan semula seri wajah anda.
Untuk pengetahuan anda, ada beza ya kulit kusam dan kulit kering.
Kulit kering ialah jenis kulit, seperti kulit berminyak atau kombinasi, di mana kulit wajah kekurangan minyak, menjadikan ia kelihatan mudah mengelupas dan kering.
Kulit kusam macam mana pula ya? Kulit kusam terbentuk dari masa ke masa akibat faktor gaya hidup seperti kurang tidur, tekanan, dehidrasi dan diet yang tidak baik.
Jadi, individu yang ada kulit kusam macam mana nak baiki?
1. Rawat kulit dengan minyak kelapa dara
Minyak kelapa ialah pelembap yang popular kerana ia mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan, Walau bagaimanapun, menggunakan minyak kelapa pada muka anda mungkin tidak berfungsi untuk setiap jenis kulit dan harus dielakkan jika anda mempunyai alahan kepada kelapa.
Berikut adalah kelebihan menggunakan minyak kelapa untuk kulit kusam:
Menanggalkan alat solek
Memperbaiki skin barrier
Menggalakkan kulit kelihatan glowing dan lembab
2. Aloe vera sebagai pelembab kulit
Tahukah anda, aloe vera boleh membantu menyembuhkan kulit dengan merangsang pertumbuhan sel baru? Dengan menggunakan lidah buaya selepas mencuci muka setiap hari, ia akan membantu kulit anda menjadi lebih sihat.
Aloe vera juga dapat merangsang fibroblas yang menghasilkan kolagen dan serat elastin menjadikan kulit lebih anjal dan kurang berkedut. la juga mempunyai kesan bagus pada sel epidermis yang mengelupas dengan mampu menyembuhkannya, di mana hasilnya kulit anda menjadi lebih lembut.
3. Rutin tidur yang tetap
Tidur yang cukup memberi banyak manfaat terutamanya untuk kulit anda. Dengan mendapatkan tidur yang teratur dan nyenyak, ia dapat membantu anda mencapai penampilan yang sempurna.
Apabila anda tidur, sel anda boleh membuang toksin yang dihasilkan pada siang hari. Pakar mengesyorkan 7-8 jam tidur setiap hari untuk fungsi otak yang optimum dan kesihatan yang lebih baik.
4. Bersenam dengan kerap
Melakukan senaman harian sangat membantu untuk memperbaiki kulit anda, la membantu anda kekal cergas, merangsang jantung dan peredaran darah anda dan yang paling penting dapat mengekalkan badan yang sihat secara keseluruhan.
Kulit ialah organ terbesar pada badan anda dan dengan mengeluarkan peluh, ia boleh membantu anda menjaganya dengan betul!
5. Minum air masak dengan cukup
Kulit manusia terdiri daripada sel-sel yang memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Cuba anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak setiap hari kerana penghidratan yang betul adalah penting untuk kulit yang sihat dan berseri!
6. Makan makanan yang kaya untuk manfaat kulit
Untuk pastikan kulit anda tidak lagi kusam, apa kata anda jaga pemakanan? Mudah saja, dengan pengambilan makanan yang sihat dan menjauhi makanan berproses dengan banyak pengawet akan memberikan perubahan kepada kulit.
Berikut ialah makanan yang anda boleh amalkan:
Ikan berlemak
Walnut, biji bunga matahari, coklat gelap
Ubi keledek, anggur merah.
Brokoli, lada benggala merah atau kuning, tomato
Teh hijau
Nak dapatkan kulit yang sihat atau glowing tidak memerlukan rawatan yang mahal dan rumit. Cukup dengan 6 langkah mudah untuk hilangkan kulit kusam, anda pasti berjaya untuk mendapatkannya!