Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara Kepada El-Sisi

Darjah Utama Seri Mahkota Negara
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi yang kini dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia.

El-Sisi dianugerahkan darjah kebesaran itu di Istana Negara dalam istiadat khas di Dewan Seri Maharaja sebelum Majlis Jamuan Negara sempena meraikan pemimpin Mesir itu yang tiba di negara ini semalam.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta tetamu kehormat dan delegasi Mesir.

Terdahulu, El-Sisi diberikan sambutan negara di Dataran Kawad Istana Negara sejurus tiba pada 10.08 pagi.

Lawatan El-Sisi, atas undangan Sultan Ibrahim, merupakan kunjungan pertama Presiden Mesir ke Malaysia setelah hampir tiga dekad selepas kunjungan terakhir pada November 1997 oleh Mohamed Hosni Mubarak ketika menghadiri Sidang Kemuncak G-15 di Kuala Lumpur dan lawatan rasmi sebagai Naib Presiden Mesir pada 1979.

Malaysia dan Mesir telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1959.

Intipati
  • Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada El-Sisi di Istana Negara.
  • Presiden Mesir itu berada di Malaysia untuk lawatan negara dua hari atas undangan Agong.
  • Lawatan ini kunjungan pertama Presiden Mesir ke Malaysia selepas hampir tiga dekad.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan