Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: 1 Kematian Baru COVID-19, Mangsa Pernah Ke Perhimpunan Agama Di Sulawesi

Putrajaya, 7 April – Kementerian Kesihatan mengumumkan satu lagi kematian baru akibat COVID-19.

”Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 1 kematian akibat COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan 63 kes, ujar Ketua Pengarah Kesihatan”, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kematian itu merupakan 1.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia.

Kes ke-3,764 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang berasal dari Perlis dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 Mac 2020 sehingga 24 Mac 2020.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar HajJah Kalsom, Johor pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 6 April 2020, jam 11 malam.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.