Siakap Keli

Warga Malaysia Di Singapura Dinasihatkan Kekal Di Sana- KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, warga Malaysia yang bekerja di Singapura dinasihatkan untuk terus kekal berada di sana.

“Kita telah jalankan perbincangan bersama.

“Warga Malaysia yang bekerja di Singapura, kalau boleh kekal duduk di sana untuk tempoh dua minggu lagi.

“Jadi kita telah berbincang dengan pihak di sana, sama ada majikan mereka kekalkan pekerja-pekerja di Singapura untuk tempoh dua minggu.

“Mereka yang hendak kembali ke Malaysia akan disaring dan apabila disaring, akan diambil tindakan seterusnya,” jelasnya dalam satu sidang media, hari ini.

Sidang Media Khas COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan

Sidang Media Khas COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. (7/4/2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Tuesday, 7 April 2020

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.