Siakap Keli

Mungkin Kita Tidak Boleh Balik Ke Kampung Seperti Biasa – PM

Menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, rakyat bukan sahaja tidak boleh menunaikan solat terawih di masjid, membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan seperti kebiasaan, malah berkemungkinan tidak dapat pulang ke kampung halaman. (Rujuk video minit 09:42)

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

”Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa seperti sediakala, kita tidak boleh ke masjid untuk berterawih, jadi kita berterawih di rumah bersama keluarga sahaja.

”Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa,” kata Muhyiddin.

Jelas beliau, walaupun perkara ini merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima oleh semua rakyat, namun ianya tetap perlu dihadapi demi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

”Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” tambah Muhyiddin.

Hari ini, kerajaan membuat keputusan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal berkahir 14 April ini akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April depan.

Baca: PKP Lanjut Dua Minggu Lagi Hingga 28 April 2020 – PM

Sumber: Sidang Media Perutusan Khas Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)