Siakap Keli

TERKINI: PKP Lanjut Dua Minggu Lagi Hingga 28 April 2020 – PM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, sehingga 28 April depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Menurut PM : “Berdasarkan situasi terkini pelaksanaan PKP membantu petugas kesihatan kita mengawal penularan Covid-19 ke satu atahp yang agak stabil.”

“Menurut unjuran yang dibuat oleh KKM, PKP yang dilaksanakan hampir sebulan yang lalu, telah sedikit-sebanyak mengurangkan keboleh jangkitan dan penularan Covid-19.” 

“Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementeri Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan kerajaan hari memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh 2 minggu lagi.” (Rujuk Minit 04:50)

Fasa ketiga PKP akan bermula pada 15 April ini dan berakhir pada 28 April 2020, sejurus fasa kedua PKP tamat pada 14 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Sidang Media Perutusan Khas Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)