Siakap Keli

(Video) “Untuk Keselesaan Mereka,” Permaisuri Agong Hadiahkan Katil Lipat Buat ‘Frontliner’

Ujian yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini sememangnya sangat perit untuk dihadapi terutama bagi golongan petugas barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan mangsa Covid-19.

Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh dilihat daripada ujian ini termasuk sikap kemurahan hati rakyat dan pemimpin tertinggi di Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan serta meringankan beban golongan petugas barisan hadapan.

Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pernah menyediakan sendiri makanan untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di sebuah hospital.

Terbaru, Baginda Permaisuri telah menyumbangkan katil lipat kepada doktor dan jururawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk keselesaan mereka.

Menerusi laman Instagram, Baginda Permaisuri juga memuatnaik rakaman ucapan terima kasih dari pihak hospital tersebut.

 

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa