Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Tok Ayah’ Hadiahkan Kitab Tauhid Kepada Steven Sim

KITAB TAUHID STEVEN SIM

‘Tok Ayah’ Hadiahkan Kitab Tauhid Kepada Steven Sim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini berkongsikan di laman Facebook miliknya yang beliau ada menziarahi Tuan Guru Dato’ Haji Rosli Bin Othman atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ayah.

Dalam perkongsian itu, Steven Sim juga memaklumkan bahawa dia telah dihadiahkan sebuah kitab alih-aksara dalam bahasa Melayu, iaitu “Syarah Bagi Matan Jawharah al-Tauhid. Beliau berpendapat bahawa Tok Ayah bukan sahaja menjadi rujukan masyarakat,malah pemimpin politik juga datang mendapatkan pandangan beliau.

Tok Ayah bukan calang-calang orang, beliau mantan Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang, pakar dalam empat mazhab, dan jadi rujukan bukan saja masyarakat, malah pemimpin politik pun datang cari pandangan beliau. Lagi menarik, Tok Ayah ni memang hebat dalam bahasa Arab, sampai pernah tulis ucapan pemimpin negara dalam bahasa tu.

KITAB TAUHID STEVEN SIM

Tambah Steven Sim, Tok Ayah juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP, dan pernah hasilkan lebih 25 buah buku agama berbentuk terjemahan.

Dalam perkongsian yang sama, Steven Sim turut menyifatkan Tok Ayah seorang murabbi yang sentiasa merendah hati dan mesra dengan semua lapisan masyarakat.

Yang paling saya rasa terkesan, Tok Ayah ni seorang murabbi yang rendah hati, mesra dengan semua lapisan masyarakat. Orang kampung, orang bandar, anak muda, orang tua, orang politik tanpa kira parti, semua boleh duduk sekali dengan beliau. Beliau bukan saja jadi rujukan dalam hal agama, tapi juga sosial dan kebajikan. Kehadiran Tok Ayah ni macam cahaya yang bimbing masyarakat ke arah hidup lebih beradab dan berilmu.

KITAB TAUHID STEVEN SIM

Dalam pertemuan ini, Steven Sim juga maklumkan yang dia berasa sangat berbesar hati kerana Tok Ayah sudi menerima kunjungan mereka dengan penuh mesra. Tambahnya, ziarah itu akan menjadi kenangan besar untuk dirinya dan berdoa supaya Tok Ayah terus sihat serta kuat.