Siakap Keli

Sebatang Kara Tanpa Keluarga, Sambungan Kisah Sayu Pakcik ‘Voice Note’ Arwah Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular baru-baru ini, kisah seorang warga emas yang merindui arwah isterinya dengan mendengar semula rakaman ‘voice note’ suara arwah tanpa jemu, berulang kali di telefon bimbitnya.

Kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Eddie Dieana di Facebook itu,ternyata mengundang simpati ramai sehingga dikongsi puluhan ribu warganet di media sosial.

Baca: Kisah Suami Dengar ‘Voice Note’ Dari Isteri Yang Dah 4 Tahun Meninggal Dunia Berulang Kali Tanpa Jemu

Eddie yang mencari semula pakcik yang dikenali sebagai Pakcik Rosli atau Pok Ali yang berasal dari Muar itu, sempat ‘menggali’ kisah yang berlaku dalam hidup warga emas itu buat tatapan semua.

Sempat mengirimkan salam sayang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya, kisah Pok Ali memberikan seribu satu pengajaran untuk menghargai insan tersayang selagi hayat dikandung badan.

Setelah viral cerita pakcik yg voice note arwah isterinya haritu.. saya mula menyesal.. kenapalah saya tak ambik no telefon pakcik tu..

tapi saya terfikir balik… mana lah saya tahu akan jadi viral macamnikan.. lagi pun hari tu tanya just spontan je bebual.. tak sangka rakyat Malaysia ramai yg bersimpati dengan nasib pakcik tu..

Ramai yang PM saya kalau boleh nak tengok muka pakcik tu.. ada yang mintak detail.. dan bermacam-macam lagi.. saya pun terpanggil untuk cuba share sekali lagi.. sambungan kisah pakcik tu..

Mencari semula Pakcik hingga ke Woodlands 888

Lalu saya pun melangkah sekali lagi ke woodlands 888.. untuk mencari pakcik tu.. tapi niat saya untuk mencari pakcik tu tidak kesampaian..

Saya teringin sangat nak bagitahu dekat pak cik tu yang kisah dia dan arwah wife dia tengah viral sekarang..

Setelah menunggu agak lama.. segalanya hampa.. saya terus melangkah pulang ke hotel yang disediakan oleh syarikat kami..
Sambil saya berbual dengan rakan 1 bilik tentang perihal pakcik ni yg tengah viral.. mujurlah rakan saya ni walaupun berbangsa India..
tetapi dia tetap bagi saya semangat untuk terus cari pakcik tu..
Hari ni selepas pulang dari tempat kerja.. kami berdua bergegas ke Woodlands 888.. dengan harapan dapat jumpa pakcik tu..

Setelah agak lama menunggu.. kami berdua hampir patah semangat dan hendak pulang ke hotel kami..

Lihat Pakcik sedang melintas jalan

Sedang menunggu traffic light bertukar hijau tak jauh dari kedai tu.. kami nampak kelibat pakcik tu berkopiah sedang lintas jalan..

Saya dan sahabat saya terus patah balik, parking motor kami dan terus mengekori pakcik tersebut.. Ye.. kalini nasib kami kurang baik.. sebab pakcik tu nampaknya sedang berbual dengan orang lain.. so, kami tak berani menerpa..

Kami tunggu waktu yg sesuai untuk datang tegur pakcik tu.. setelah hampir 10 minit akhirnya.. masa yang kami tunggu-tunggu.. pakcik tu dah keseorangan semula..

Kerja ‘security’ di Singapura

Saya pun mula beranikan diri untuk tegur pakcik tu dengan sapaan ringkas..

“Assalamualikum pakcik, nak pergi bungkus makanan lagi ke?”

Dengan senyuman di wajahnya.. pakcik tu menjawab..

“Aah dik, bungkus je lah.. senang.. Lepas makan boleh terus buang..”

Aku cuba panjangkan perbualan dengan pakcik tu..
Aku: “Pakcik memang suka makan dekat sini ke?”
Pakcik: ”Eh, tak lah.. kebetulan je pakcik kerja daerah sini hari ni..”

Aku teruskan pertanyaan lagi..

“Pakcik memang tinggal area sini ke?”

“Eh tak lah dik.. Pakcik tinggal dalam Commercial Building..” jawab pakcik tu..

”Commercial Building? maksud pakcik?” tanya ku lagi.. (dengan muka yang agak keliru)

“Pakcik tidur dekat stor yang company provide untuk cleaner.. Pakcik tumpang tidur situ dengan 1 budak melayu cleaner dari Kelantan..”

”Oh..memang dari dulu ke pakcik tinggal situ..?” tanyaku lagi..

Pakcik: “Taklah, baru 3 tahun. dulu pakcik ulang alik dari JB, sewa rumah dekat Taman Perling.. lepas arwah makcik meninggal, buat apa lagi pakcik nak susahkan diri ulang alik.. tidur dekat stor je lah.. bukan ada sesiapa pun kalau Pakcik balik ke sana..”

Aku: “Pakcik kerja apa dekat sini?”

Pakcik: “Pakcik kerja Relief security night shift..pakcik bukan permanent dekat Woodlands ni.. esok lusa tukar ikut deployment yg di tetapkan oleh patroling officer..siang hari pakcik balik ke stor pakcik..”

Aku mula beranikan diri untuk nak bercerita dengan pakcik tu..

“Pakcik, nak tahu tak.. kisah pakcik dengan arwah isteri pakcik sekarang tengah viral tau dekat FB.. 1 malaysia nak tahu pasal pakcik..”

Pakcik: “Apa yang viral, pakcik tak faham.. pakcik tak ada FB.. tak pandai guna..”

Aku: “Kisah pakcik main voicenote arwah isteri pakcik tu.. saya ceritakan semula di FB saya.. 1 malaysia nak tahu pasal pakcik sekarang.. dah hampir 70K likes, 15K comments dan 40k ulangsiar kisah pakcik tau..”

Sambil menghulur Handphone aku kepadanya.. aku tunjukkan screenshot semua komen-komen netizen kepada pakcik tu..

”Tak sangka ramai yang ambil berat pasal Pakcik..”

Pakcik: Allah…. Allah..

Dia menangis.. terdiam seketika..

Tak lama lepas tu.. Pakcik tu bangun dari kerusi.. terus memeluk aku.. aku terdiam.. sambil tahan air mata yang bertakung dalam kelopak mata..
Pakcik: “Tak sangka, masih ramai yang mengambil berat..
Aku: “Pakcik tak keseorangan di dunia ni pakcik.. semua orang sayangkan pakcik..”
Aku menangis sekejap.. Pak cik tu pun sambung menangis..
aku bagi peluang pak cik tu tenangkan keadaan..
Pakcik: “Pakcik tak layak ke syurga dik.. Pakcik penderhaka kepada arwah mak.. family pakcik dari Muar semua dah buang pakcik. 35 tahun dulu..”
Aku beranikan diri untuk bertanya..
Aku: “Boleh saya tahu kenapa family pakcik buang pakcik?”
Pakcik: “Pakcik lari dari rumah untuk kahwin bersama gadis pilihan pakcik.. pakcik taknak kahwin dengan perempuan pilihan keluarga pakcik.. sejak dari haritu arwah mak pakcik tak pernah maafkan pakcik..”
“Arwah abang long pakcik pun tak redha dengan keputusan pakcik.. pakcik cuma 2 beradik je.. pakcik dah di buang dari keluarga sejak 35 tahun yang dulu.. dulu tak ada telefon dik..”
”Lepas keluar dari rumah.. kita dah tak boleh contact-contact macam sekarang.. cuma pakcik ada dengar cerita dari rakan sekampung dulu yang mengatakan mak dan abg long pakcik dah meninggal..”
“Sejak dari hari pakcik tinggalkan rumah pakcik di Muar, sampailah makcik meninggal.. kami hanya berdua..tak ada orang lain lagi dalam dunia pakcik.. sebab pakcik dah conteng arang ke muka family pakcik…”
”Sekarang setiap hari pakcik hanya mampu berdoa kepada Allah supaya arwah Mak dan abang long pakcik maafkan pakcik.. “

Allah.. saya terkedu.. saya terdiam.. berat betul dugaan pakcik ni..

Sebelum berakhir perbualan antara kami.. Pakcik tu ada bagitahu nama dia Rosli Bin xxxxxx.. dia dah mendapat kewarganegaraan Singapura sebab isteri dia orang Singapura.. berumur 59 tahun..

”Jangan ikut jejak langkah Pakcik..”

Dia jugak ada pesan, jangan ikut jejak langkah dia.. nanti menyesal seumur hidup.. untuk rapatkan ukhwah suami isteri.. di rumah jangan main telefon.. luangkan masa sepenuhnya dengan isteri..

Handphone ni penyebab rosaknya rumah tangga.. sebab tu kalau kita tengok orang zaman dulu-dulu.. mereka jarang bercerai.. lepastu anak sampai 18 orang.. sebab apa? sebab dulu takde gadget seperti handphone..
Bila adanya handphone ni.. bila disalah gunakan.. akan terjadi permulaan curang.. sebab dengan mudah siapa-siapa pun boleh berhubung dan terjadinya curang..

Sebelum beredar.. saya ada meminta permintaan terakhir untuk bergambar dengan pakcik untuk di sharekan di FB.. tapi pakcik tak bagi kebenaran.. sebab dia malu.. dia pendosa katanya..

Saya juga ada bertanyakan nombor telefon.. tapi pakcik enggan memberi.. apa lagi yang mampu saya katakan..

Setelah hampir 40minit berbual.. Pakcik Rosli atau lebih dikenali dengan Pok Ali enggan bergambar.. dia sampaikan salam sayang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya..

Sepanjang perjalanan pulang ke hotel.. aku sugul.. termenung dengan apa yang pakcik tu kongsikan.. rupanya rumah yang dia maksudkan hanyalah stor di bawah tangga di dalam bangunan komersial..

Aku ingatkan drama dalam TV je yg macam ni.. rupanya dalam realiti masih ada..

Sambungan bahagian akhir:

Sumber: Eddie Dieana

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)