Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Empat Negeri Malam Ini- MetMalaysia

Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 April — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Sarawak, Perak dan Selangor dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku malam ini.

Kenyataan MetMalaysia menyebut kawasan yang dijangka terlibat ialah Langkawi di Kedah selain Kapit dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Limbang di Sarawak, iaitu sehingga 11 malam.

Kawasan lain yang diramalkan dilanda hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 malam ialah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak manakala di Selangor ialah Kuala Selangor, Klang dan Petaling.

— BERNAMA