Siakap Keli
Foto: Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja

ATM & PGA Redah Hutan Siang Dan Malam, Ketatkan Sempadan Dari Diceroboh Semasa PKP

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan bagi fasa kedua yang bermula dari 1 hingga 4 April 2020, perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkehendakkan kawalan di sempadan-sempadan negara diperketatkan.

Sehubungan dengan itu, Op Penawar diteruskan lagi dengan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) dan rondaan di sepanjang sempadan negara.

Ia melibatkan kerjasama antara pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am, Polis DiRaja Malaysia (PGA) bagi mengawal sempadan antara Malaysia Sarawak – Indonesia dari dicerobohi.

Usaha itu juga adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Kerjasama tersebut akan diteruskan untuk tempoh PKP fasa ketiga yang telah diumumkan bermula dari 15 hingga 28 April 2020.

Ia diharapkan dapat membendung rantaian penyebaran wabak tersebut daripada terus menular di samping memperkukuhkan lagi keselamatan negara.

Foto: Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja
Foto: Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja
Foto: Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja
Foto: Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja
Foto: Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja

Sumber: Rejimen Keempat Kor Armor Diraja

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.