Siakap Keli
Foto: PERHILITAN

PKP Fasa Ketiga Bermula, Petugas PERHILITAN Kekal Setia Berkhidmat Untuk Haiwan

Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki fasa ketiga yang dilanjutkan sehingga 28 April, itu tidak menjadi penghalang buat petugas-petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) untuk terus berkhidmat pada haiwan.

Menurut satu perkongsian PERHILITAN melalui Facebook, kakitangan PERHILITAN di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Perak masih meneruskan tugasan mereka seperti biasa ketika PKP diteruskan.

Foto: PERHILITAN

Difahamkan, tugas-tugas harian mereka termasuklah penyediaan makanan iaitu daun, rumput dan buah-buahan serta pembersihan kurungan.

Selain itu, tugasan lain adalah pemeriksaan telur burung untuk program penetasan serta pemeriksaan keselamatan kurungan daripada pemangsa semulajadi seperti ular dan tikus.

Foto: PERHILITAN

PKHL Sungkai merupakan pusat pembiakan untuk spesis rusa sambar, seladang, seladang, burung kuang raya, burung kuang cermin. burung merak pongsu dan burung merak hijau.

Foto: PERHILITAN

Memetik info daripada PERHILITAN, PKHL ini ditubuhkan pada tahun 1928 dengan keluasan 1,805 hektar dan diperluaskan kepada 3,966 hektar pada tahun 1940 dengan nombor gazet 6563.

Kawasan seluas 428 hektar telah dikeluarkan pada tahun 1957 dan sekarang hanya tinggal 2,468 hektar.

Foto: PERHILITAN

Kawasan yang dikeluarkan itu digunakan untuk tanaman pokok getah dan tujuan lain.

Rezab ini ditubuhkan bertujuan untuk melindungi seladang dan pada akhir tahun 1946 terdapat 15 ekor seladang di kawasan ini.

Sumber: Facebook, PERHILITAN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.