Siakap Keli

Remaja Dipercayai ‘Seludup’ Rakannya Dalam Bagasi Ke Rumahnya

Disebabkan penguatkuasaan perintah berkurung dan kompleks pangsapurinya tidak membenarkan orang luar untuk memasukinya, seorang remaja 17 tahun didakwa nekad menyeludup rakannya menggunakan sebuah bagasi pada awal pagi Ahad di Mangaluru, India.

Menurut polis, remaja tersebut didakwa hanya mahu bertemu dengan rakannya itu sahaja, namun rayuannya untuk membawa masuk rakannya itu ke rumahnya mendapat tentangan daripada persatuan penduduk di pangsapuri tersebut.

Walau bagaimanapun, wakil persatuan penduduk mendakwa bahawa mereka tidak menerima sebarang rayuan pun daripada remaja berkenaan.

Menurut sumber, remaja tersebut telah meninggalkan pangsapuri itu dengan menaiki skuternya sambil membawa bersama sebuah bagasi besar pada sekitar jam 2 pagi. Dia telah menjemput rakannya yang tinggal di kawasan berdekatan untuk membawanya masuk ke dalam pangsapuri berkenaan.

Dia kemudiannya meninggalkan skuternya di luar bangunan tersebut dan menyuruh rakannya itu untuk masuk ke dalam bagasi tersebut lalu menariknya masuk ke dalam pangsapuri berkenaan.

Polis berkata pengawal keselamatan telah mengesyaki seakan ada sesuatu yang tidak kena.

Difahamkan, remaja berkenaan telah keluar membawa bagasi tersebut pada tengah malam dan kemudiannya dilihat pulang bersama bagasi itu ketika di siang hari.

Pada kira-kira 8.30 pagi, remaja tersebut dan rakannya dilihat keluar bersiar-siar di kawasan pangsapuri berkenaan. Selepas menyedarinya, pengawal keselamatan tersebut terus memaklumkan kepada ketua persatuan penduduk di situ.

Remaja tersebut dilaporkan mengakui perbuatan menyeludup yang dilakukan di antara pukul 2 pagi dan pagi. Ianya turut disahkan melalui rakaman CCTV yang diperiksa pada hari berikutnya.

Sumber: Times of India 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa