Sesuai dengan kecekapan beliau dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah diiktiraf oleh rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani wabak Covid-19.
Beliau disenarai bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Pada sidang media hari ini, Dr Noor Hisham ditanya mengenai pengiktirafan tersebut dan jawapannya menarik perhatian ramai kerana sikap rendah diri yang ada padanya.
Menurutnya, ia merupakan pengiktirafan bagi negara dan beliau memanjatkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk menteri-menteri, Perdana Menteri dan petugas barisan hadapan.
Warganet nyata memuji sikap dan pendirian beliau dan rata-ratanya memberikan komen yang positif.







Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia