Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Bekas KP Perisikan Pertahanan
Gambar: BERNAMA

Bekas KP Perisikan Pertahanan Didakwa Terima Suapan USD20,000, Tiket Penerbangan

BERNAMA

Bekas KP Perisikan Pertahanan Didakwa Terima Suapan USD20,000, Tiket Penerbangan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Datuk Mohd Razali Alias didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah USD20,000 serta bayaran keseluruhan RM64,600 bagi pembelian tiket penerbangan ke luar negara untuk isterinya, dua tahun lepas.

Mohd Razali, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya dengan tenang selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Razali didakwa secara rasuah menerima suapan bagi dirinya berupa wang berjumlah USD20,000 daripada Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman, 45, di The Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini, antara Ogos hingga November 2024.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh selaku Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meluluskan sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan bagi tujuan pembayaran Perolehan Perkhidmatan Senggaraan dan Perkhidmatan Sokongan Sistem Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Razali didakwa selaku Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO ATM menerima untuk isterinya, Datin Azarina Bakia, 59, bayaran berjumlah RM26,800 bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Malaga, Sepanyol tanpa balasan daripada Sheikh Ahmad Nafiq, yang merupakan Pengarah Syarikat Intelligence PC Centre Sdn Bhd, sedangkan tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 15 Nov 2024 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan ketiga, Mohd Razali didakwa menerima untuk Azarina bayaran berjumlah RM37,800 bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Estonia tanpa balasan daripada individu sama, sedangkan tertuduh mengetahui ia mempunyai hubungan dengan tugas rasminya, di lokasi sama pada 28 April 2025.

Pertuduhan itu turut dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman serupa.

Hakim Suzana yang menetapkan sebutan kes pada 16 Mac ini membenarkan Mohd Razali diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM200,000 kerana tuduhan yang dikenakan terhadap Mohd Razali adalah serius dan walaupun dua tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tetapi terdapat satu kesalahan yang tidak boleh dijamin mengikut Seksyen 16 (a)(B).

“Mengambil kira amaun dua tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan membabitkan tiket kapal terbang keseluruhannya adalah hampir RM200,000. Memandangkan kesalahan serius dan mengambil kira sensitiviti serta sifat tuduhan, begitu juga jawatan tertuduh, kami mohon jumlah jaminan adalah sebanyak RM200,000.

"Syarat menyerahkan pasport kepada mahkamah dikira sebagai sekuriti tambahan kerana terdapat risiko tertuduh melarikan diri, memandangkan beliau baru bersara dan kerap ke luar negara menghadiri pelbagai acara,” kata Law, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin dan Hazel Tan Jia Qi.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili tertuduh berkata jumlah jaminan yang dipohon pihak pendakwaan tidak munasabah kerana tujuan jaminan adalah bagi memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Mahkamah perlu mengambil kira tertuduh telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan. Saya memohon agar jumlah dalam pertuduhan tidak dijadikan asas mengenakan jaminan. Anak guam akan hadir ke mahkamah pada setiap sebutan kes dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

“Tarikh pencen beliau ialah Disember ini, dan program yang didakwa beliau hadiri adalah berkaitan tugas rasmi. Selepas bersara, beliau tidak lagi kerap ke luar negara. Anak guam telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama lebih kurang 40 tahun,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan 23 individu, termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan isu perolehan serta penggunaan dana awam, selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan.