Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi mengumumkan bahawa kadar zakat fitrah yang lebih rendah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 1441/2020M.
Menurutnya, ekoran situasi semasa penularan Covid-19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan persetujuan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan telah menetapkan dua kadar zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) dan RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Sahaja).
Ia bertujuan bagi meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan tersebut. Penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan harga beras bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat.