Siakap Keli

(Video) Gelagat Lucu Monyet Dirakam ‘Seronok’ Main Layang-Layang Ketika Manusia Berkurung

Ketika perintah lockdown dilaksanakan di seluruh dunia, sering kali kita terbaca berita mengenai haiwan-haiwan yang berkelakuan agak ‘pelik’.

Ada kawanan kambing masuk ke bandar, ada burung merak ‘bersiar-siar’ di kaki lima bangunan dan sebagainya, semuanya berlaku ketika manusia sedang ‘berkurung’ di rumah.

Baru-baru ini, satu kejadian agak melucukan dilaporkan berlaku di India.

Satu rakaman video tular menunjukkan seekor monyet sedang bermain layang-layang di atas sebuah bangunan.

Menariknya, aksi itu mendapat sorakan gemuruh daripada beberapa orang yang merakam situasi kejadian.

Pengguna Twitter, Susanta Nanda IFS yang turut memuat naik video itu dengan nada seloroh berkata, “Evolusi (monyet kepada manusia) berlaku dengan lebih cepat ketika lockdown,”

Namun difahamkan, beberapa warganet menjelaskan bahawa monyet tersebut bukanlah sedang bermain layang-layang, sebaliknya ia cuma menarik tali layang-layang tersebut yang sedang dimainkan oleh orang lain.

Selain itu, ada juga warganet yang berasakan monyet itu lebih handal dan cekap mengawal tali layang-layang berbanding dirinya sendiri.

Malah, warganet itu mahu berkata mahu belajar daripada monyet tersebut.

Setakat pukul 10 pagi hari ini, rekod jangkitan COVID-19 di India mencatatkan 13,430 kes keseluruhan dengan 448 kematian.

Perintah lockdown di negara itu berkuatkuasa bermula 25 Mac lalu sehingga hari ini, atas perintah Perdana Menteri, Narendra Modi yang mahu 1.3 bilion rakyatnya bersama-sama memerangi penularan wabak tersebut.

Sumber: Facebook, Hindustan Times, Twitter, Worldometer

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.