Kredit: Google

Boleh Pasang Internet Waktu PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Perkhidmatan pemasangan dan penyediaan Internet di kawasan kediaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebelum pemasangan dilakukan di rumah pelanggan, syarikat penyediaan perkhidmatan itu perlu memaklumkan kepada polis sewaktu melalui sekatan jalan raya.

“Keperluan Internet dan sebagainya merupakan keperluan asas hari ini. Ia juga sama dengan elektrik yang tiba-tiba putus. Kita selama ini membenarkan perkara ini beroperasi.

“Contohnya melibatkan Telekom, kita benarkan kerana ia tiada isu dan ia melibatkan keperluan harian rakyat di negara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, di sini, hari ini.

Sumber: Bernama

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Editor: Fazidi