Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pihak polis akan menambahkan bilangan sekatan jalan raya untuk mempertingkatkan kawalan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga menjelang puasa ataupun raya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail berkata, “Oleh kerana PKP tiga tindakan lebih keras diambil, kita menjangka mungkin ada yang berura-ura untuk pulang ke kampung menyambut puasa dan sebagainya.
“Jadi pihak polis akan menambahkan sekatan jalan raya sama ada di ibu negara atau di mana saja bagi memastikan kawalan dapat kita pertingkatkan,” tambahnya.
Beliau berkata sedemikian dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.
Sumber: RTM