Siakap Keli

11 Tentera Filipina Terkorban, 14 Cedera Bertempur Dengan 40 Gerila Militan Abu Sayyaf

Satu platun tentera darat elit Filipina dilaporkan bertempur dengan kira-kira 40 pengganas Abu Sayyaf dalam satu serangan gerila di pulau Mindanao, mengakibatkan 11 tentera terkorban dan 14 lagi cedera, lapor Aljazeera memetik kenyataan menteri pertahanan.

Panglima Tentera Wilayah, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana berkata pada Jumaat, pertempuran tersebut berlaku dalam satu kawasan hutan pergunungan di kampung Danag, Patikul, wilayah Sulu selama satu jam sebelum pengganas Abu Sayyaf berundur.

Dalam pada itu, pihak ketenteraan menjelaskan, kumpulan serangan gerila itu dipimpin oleh komander Abu Sayyaf, Radulan Sahiron dan Hatib Hajan Sawadjaan yang sebelum ini  pernah dipersalahkan atas jenayah culik dan penggal kepala untuk tebusan di selatan Fiilipina.

Tentera Filipina membawa keluar rakan yang terkorban/Benar News

Sebahagian daripada mangsa terkorban dilaporkan ditemui dalam keadaan kepala dipenggal.

“Tentera telah melakukan serangan terus-menerus terhadap Abu Sayyaf, yang telah disenaraikan oleh Amerika Syarikat dan Filipina sebagai organisasi pengganas, selama bertahun-tahun.

“Kami akan mempertahankan usaha keamanan kami untuk menghentikan ancaman keganasan,” kata Sobejana kepada Associated Press melalui telefon.

Sumber: Aljazeera

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.