Siakap Keli

Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Ketika Ops Cantas COVID-19

Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, ASP Aldrin Anak Gonda dilaporkan telah meninggal dunia pada 19 April, hari ini.

Mendiang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya pagi tadi berhampiran Arkib Negara, Mentaloon, Alor Setar semasa menjalankan tugas cantas Op COVID-19.

Memetik halaman Facebook Polis Kedah, jenazah mendiang akan dibawa ke Tebakang, Sarawak untuk disemadikan.

Seluruh warga Polis Kedah mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang.

Foto Facebook Polis Kedah

SALAM TAKZIAH Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang ASP Aldrin Anak Gonda yang telah meninggal dunia pada 19…

Posted by Polis Kedah on Sunday, 19 April 2020

Sumber: Facebook Polis Kedah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.