Siakap Keli

Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Terbakar Lagi

SHAH ALAM, 18 April  — Kawasan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting, dekat sini dikesan terbakar lagi, kebakaran kali kedua tahun ini selepas kejadian pertama pada Mac lepas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kebakaran itu melibatkan kawasan seluas 15 hektar.

Bagaimanapun, katanya kerja-kerja pemadaman dan tinjauan selanjutnya hanya akan dilakukan esok berikutan tiada jalan masuk ke tempat kejadian.

“Berhampiran kawasan berkenaan juga didapati tiada sumber air terbuka dan telaga tiub untuk digunakan bagi memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Smart Selangor Command Center berkata dua unit mesin pengorek akan dibawa masuk oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bagi tujuan membina laluan untuk kegunaan pasukan kecemasan memadam kebakaran di lokasi itu.

“JPNS dan bomba akan memohon supaya teknik pengeboman air dapat dilakukan di lokasi kejadian bagi memudahkan kerja-kerja pemadaman,” katanya.

Pada Mac lepas, kira-kira 35 hektar daripada kawasan hutan simpan itu dilapor terbakar.

Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan kebakaran di hutan simpan tersebut.

Foto: Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Foto: Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Ruang udara sekitar Cyberjaya yang kelihatan berjerebu. Foto: Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor

Sumber: BERNAMA, Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.