Orang awam yang kehilangan kad pengenalan boleh menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di daerah masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kaedah tersebut boleh dilakukan dengan berjumpa pegawai JPN melalui temujanji sekiranya ada kes kecemasan.
“Sekiranya tiada kes yang memerlukan segera kad pengenalan, orang awam boleh tunggu 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.
SIdang Media oleh Menteri Kanan (Keselamatan) YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
SIdang Media oleh Menteri Kanan (Keselamatan) YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (19/4/2020)
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Saturday, 18 April 2020
Sumber: RTM