Siakap Keli
Gambar: jateng.idntimes.com

Akibat Sukar Patuhi Larangan, Daerah Di Indonesia Dilaporkan Kurung Pesalah Dalam ‘Rumah Berhantu’

Muak dengan perangai orang ramai yang sengaja ingkar peraturan penjarakan sosial, seorang ahli politik Indonesia telah memutuskan untuk menempatkan mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan itu di sebuah “rumah berhantu”.

Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati, menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan yang luar biasa itu pada minggu ini bagi menyekat kemasukan orang luar ke daerah tersebut selepas Jakarta dan beberapa bandar besar yang lain mengisytiharkan perintah berkurung.

Beberapa pendatang baru, bagaimanapun, dilaporkan tidak mematuhi arahan supaya mengkuarantinkan diri mereka selama 14 hari bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ke seluruh wilayah di pulau Jawa yang padat penduduknya itu.

Disebabkan itu, Sukowati telah mengarahkan masyarakat untuk menggantikan rumah usang yang ditinggalkan menjadi tempat untuk menempatkan mereka yang ingkar kepada arahan yang telah dikeluarkan itu.

Setakat ini, seramai lima orang dilaporkan telah dimasukkan ke dalam rumah usang yang menyeramkan itu.

“Jika ada rumah kosong dan berhantu di kampung, letak dan kurung orang yang ingkar kepada arahan ini di rumah tersebut,” kata Sukowati kepada AFP.

Pegawai di kampung Sepat difahamkan telah memilih rumah yang sudah lama ditinggalkan dan melengkapinya dengan tilam serta bantal sambil dipisahkan dengan tirai.

Gambar: AFP

Difahamkan, kampung tersebut setakat ini telah mengurung tiga orang yang baru tiba dari bandar lain untuk menghabiskan waktu kuarantin mereka selama dua minggu di dalam rumah yang menakutkan itu.

Salah seorang daripada mereka yang dikurung di rumah itu menyatakan bahawa, setakat ini hukuman tersebut tidak menemukannya dengan kelibat hantu.

“Namun apa yang berlaku telah pun berlaku,” kata lelaki yang datang daripada pulau Sumatera itu.

“Saya tahu ini adalah untuk kebaikan semua orang. Ini adalah pengajaran untuk saya.”

Sumber: CNA

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa