Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadhan adalah sama seperti PKP sebelumnya.
“SOP Ramadhan sama sahaja dengan SOP bulan-bulan biasa PKP satu, dua dan sebahagian PKP tiga kecuali;
Walaubagaimanapun, waktu operasi restoran adalah sama seperti sebelumnya bagi mengurangkan pegerakan rakyat.
Hal ini bagi mengelakkan sebahagian orang yang ‘panjang akal’ untuk keluar melanggar PKP dengan memberi alasan membeli makanan, ujarnya.
“Sebab itu kita kekalkan jadual waktu yang ditetapkan. Jika ingin beli makanan sahur, belilah awal-awal,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Sumber: RTM