Ini Sebab Kenapa “Best Photography & Best Connectivity Smartphone” Ini Bakal Digilai Rakyat Malaysia

Smartphone dan manusia berpisah tiada. Zaman sekarang, zaman segalanya dihujung jari. Segala rutin dan aktiviti didominasi ‘teknologi’ ini. Memang tak dinafikan, ada yang mengaitkan ‘level’ gaya hidup seseorang itu dengan peranti yang digunakan.

Prestij atau status si pemakai sudah tentu semakin tinggi apabila smartphone yang digunakan semakin canggih, terkini dan mempunyai features yang tidak dapat ditandingi oleh smartphone yang lain kan.

Kalau dulu telefon hanya untuk membalas sms atau membuat panggilan, kini hanya dengan satu peranti, macam-macam dah boleh buat. Main mobile game, tonton drama macam kat tv, video call, mobile photography dan macam-macam lagi.

Semua yang dinyatakan diatas tu, buat kami teringat dengan satu peranti ni. Bagi kami peranti ini adalah pilihan paling tepat untuk dijadikan ‘daily driver’ yang melengkapi gaya hidup moden.

Peranti tersebut tak lain tak bukan adalah HUAWEI P40 Series. Yesss. Jenama yang tak asing lagi untuk masyarakat dunia.

Smartphone dengan kamera yang power gila

Bila sebut HUAWEI, khususnya P Series, benda pertama yang muncul di minda sudah tentu fungsi kameranya yang power gila.

HUAWEI P40 Series didatangkan dalam 3 pilihan warna iaitu:

Blush Gold

via GIPHY

Deep Sea Blue

via GIPHY

Silver Frost

via GIPHY

HUAWEI P40 Pro khususnya hadir dengan 4 lensa kamera bahagian belakang iaitu 4 kamera dengan 50MP RYYB (f/1.9) utama OIS + 12MP (f/3.4) RYYB Periskop 5x zoom optikal dengan OIS + 40MP (f/1.8) sudut lebar lensa Cine + sensor ToF untuk depth dan 2 lensa kamera bahagian depan, HUAWEI P40 Pro merupakan sebuah peranti serba-serbi lengkap untuk anda yang gemar berselfie ataupun berfotografi.

Main Camera
Main Camera
Main Camera
Potrait Photography
Potrait Photography
Potrait Photography

HUAWEI P40 Series merupakan smartphone HUAWEI yang dilengkapi dengan sensor kamera yang paling berkuasa (1/1.28 inci) dibangunkan bersama Leica sehingga ia diangkat sebagai ‘The Best Camera Smartphone of The Year’.

Sebab itulah, HUAWEI P40 Pro sekarang ini sedang merajai carta DXO Mark iaitu smartphone dengan kamera terbaik di dunia.

Lagi satu, keupayaan Superzoom Array yang ada pada HUAWEI P40 Series khususnya HUAWEI P40 Pro memang amat mengagumkan. Dibantu oleh kemampuan 2 kamera telefoto bahagian belakang, pemilik smartphone ini boleh mengambil gambar dengan keupayaan sehingga maksimum 50x optical zoom yang semestinya menghasilkan gambar diambil dari jauh dengan kualiti yang sangat-sangat memuaskan. Senang cakap, gambar tak pecah.

Ultra Wide Angle
Superzoom Array menggunakan Main Camera
Superzoom Array menggunakan Main Camera
Superzoom Array menggunakan Night Mode

Keupayaan Low-light yang luar biasa

Antara kehebatan yang ada pada HUAWEI P40 Series adalah kualiti gambar yang diambil dalam keadaan pencahayaan yang kurang atau low-light meggunakan Night Mode.

Terima kasih kepada HUAWEI Ultra Vision Sensor, gambar-gambar yang diambil langsung tiada cacat celanya dengan perincian gambar seperti warna yang terang, noise yang minima serta kejelasan subjek dalam gambar.

Wide Angle dan Night Mode
Wide Angle dan Night Mode
Wide Angle dan Night Mode

Fungsi AI Golden Snap yang ‘Wow’

Ni salah satu fungsi paling gempak yang ada dekat kamera HUAWEI P40 Series ni. Korang mesti perasan kan, setiap kali nak berOOTD, mesti ada je gangguan yang tak menyenangkan.

Ada reflection bayang dekat cermin la, tiba-tiba ada orang melintas kat belakang atau ada benda-benda yang ‘mencacatkan’ yang korang tak suka ada dalam gambar korang.

Dengan AI Golden Snap, ucapkan selamat tinggal dekat semua masalah di atas. Ada 3 fungsi AI Golden Snap ni iaitu AI Best Moment, AI Remove Passerby dan AI Remove Reflection.

AI Best Moment menggunakan algoritma untuk merakam gambar yang sedang bergerak dalam resolusi 4K. Kemudian, fungsi ini akan mencadangkan tiga gambar terbaik berdasarkan ekspresi muka dan postur badan untuk memudahkan korang.

Fungsi AI Remove Passerby pula membenarkan korang untuk ‘membuang’ objek yang tak diperlukan di dalam gambar korang.

Bagi AI Remove Reflection, imej bayang yang biasa korang perasan semasa mengambil gambar pada permukaan seperti kaca boleh dibuang dengan begitu mudah.

AppGallery, gedung aplikasi tersendiri dari HUAWEI

Okay, mungkin ada yang tertanya-tanya. Yelah, korang mungkin sudahpun tahu smartphone HUAWEI tidak lagi dilengkapi dengan ekosistem daripada Google seperti Playstore, Gmail, Google Music dan sebagainya.

Serius kami cakap, ia langsung bukan satu masalah besar sebab HUAWEI sudahpun ada jawapannya. Dengan AppGallery, semua aplikasi yang korang biasa guna sebelum-sebelum ini tetap ada ditawarkan.

Whatsapp, Facebook, Instagram, Netflix, KFC, McDonald semuanya boleh dipasang dan berfungsi sama seperti di telefon-telefon lain.

Dibantu dengan skrin jenis Flex OLED, pengalaman menonton drama atau movie melalui aplikasi seperti Netflix menjadi lebih berbeza dan memuaskan kerana setiap perincian yang disajikan seperti kecerahan warna, tona kulit watak dan kualiti video memang memukau habis.

Sesuai dengan gaya hidup anda yang sukakan suasana santai sambil ditemani smartphone sepanjang hari.

So, memang tak jadi masalah walaupun HUAWEI P40 Series tak dilengkapi dengan ekosistem daripada Google.

Lagi satu, AppGallery dilindungi dengan perlindungan 4 lapisan. Jadi tak timbul isu keselamatan dan korang tak perlu risau untuk memuat turun semua aplikasi yang ditawarkan disini.

AppGallery juga menawarkan ruang storan yang lebih besar melalui HUAWEI QuickApps dimana setiap aplikasi yang dimuat turun hanya memakan ruang storan yang minima.

MEETime, yang jauh kita rapat-rapatkan

MEETime bagi kami adalah antara feature yang terbaik disediakan dalam HUAWEI P40 Series ni. Dengan fungsi ini, korang boleh membuat panggilan video dimana-mana sahaja dengan kualiti video terbaik walaupun sambungan internet atau pencahayaan ketika membuat panggilan tidak begitu memuaskan.

Dengan fungsi ini, korang pasti terasa seolah-olah berada berdekatan antara satu sama lain. Panggilan boleh dibuat sekiranya orang yang korang ingin hubungi turut menggunakan peranti HUAWEI dilengkapi EMUI 10.1.

Paling best, korang boleh berkongsi skrin antara satu sama lain. Apa saja paparan pada skrin telefon korang seperti melayari laman web atau online shopping boleh dikongsikan bersama secara real-time.

Bayangkan, korang boleh online shopping bersama-sama melalui MEETime. Macam tak ada jarak yang terpisah, tambah-tambah ketika suasana Perintah Kawalan Pergerakan ini. Memang best.

Lagi syok bila MEETime guna fungsi Huawei Share

MEETime ni boleh jadi lagi gempak bila korang sambungkan smartphone dengan HUAWEI Matebook ataupun dengan HUAWEI MatePad Pro.

Menggunakan fungsi Multi-Collabaration, korang boleh mengawal skrin smartphone korang dengan menggunakan HUAWEI Matebook atau HUAWEI MatePad Pro.

Jadi, tak perlulah korang pegang smartphone 24 jam, semuanya boleh dikawal lebih mudah menggunakan HUAWEI Share.

‘More Secure, More Storage, More Rewards’

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan ganjaran yang lumayan apabila korang membeli HUAWEI P40 Series nanti.

Korang berpeluang untuk menikmati akses premium selama 3 bulan kepada platform HUAWEI Video, mendapat perkhidmatan HUAWEI Cloud Storage bersaiz 50Gb selama setahun dan juga kelebihan ganjaran HUAWEI Member Center berjumlah RM 2,381 termasuk Malaysia Airlines, Godiva, Samsonite, Puma dan First Premium Lounge.

Selain itu, korang juga berpeluang mendapat hadiah percuma seperti Wireless Car SuperCharge, waranti lanjutan selama setahun dan waranti perlindungan skrin selama sebulan.

Oleh itu, dapat kami simpulkan bahawa HUAWEI P40 Series memang merupakan smartphone yang paling tepat dengan ciri-ciri “Best Photography and Best Connectitivity” untuk anda yang gemar mengambil foto ataupun terus berhubung dengan orang tersayang.

Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan segera HUAWEI P40 Series disini dan layari laman web rasmi serta facebook HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Siakap Keli