Siakap Keli

(Video) Doa Anak-Anak Tahfiz Untuk “Frontliners” Buat Netizen Mengalir Air Mata

Sebentar tadi, Ustaz Abdullah Khairi memuat naik satu video di laman Instagram beliau, di mana anak-anak tahfiz mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal buat petugas-petugas kesihatan yang telah menjaga mereka dalam tempoh kuarantin.

Ucapan sebak daripada salah seorang anak tahfiz tersebut membuatkan netizen yang menonton boleh berlinang air mata.

Sesungguhnya, ucapan yang penuh rendah diri, adab, sopan-santun dan lemah-lembutnya sangat menyentuh perasaan.

Anak tahfiz itu juga tidak ketinggalan untuk mendoakan kesemua petugas-petugas kesihatan di hadapan beliau agar dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Semoga anak-anak tahfiz ini terus dilindungi oleh Allah, diberikan kesihatan yang terbaik untuk mereka meneruskan kerja-kerja di jalan Allah.

https://www.instagram.com/p/B_W7aaFgJ1x/?fbclid=IwAR1atlsiOPcFOYsFb6OCeEJIeCfZZrZEKXUlWesdB85jzuzfBncISQ7RNFw

Berikut adalah komen-komen dari netizen mengenani video tersebut. Rata-rata dari mereka menunjukkan emosi sedih dan terharu menonton video itu.

Sumber Ustaz Abdullah Khairi Official

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)